SEBA 2022: YAYASAN USAHAWAN MALAYSIA RAI 27 USAHAWAN, AMAZING!

  • by

SEBA 2022: YAYASAN USAHAWAN MALAYSIA RAI 27 USAHAWAN, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk julung kalinya SEBA 2022 Awards: Edisi Utara dianjurkan.

SEBA 2022

SEBA adalah SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) 2022. Ianya telah dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia.

Dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak. Juga Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain.

Pada tahun ini, SEBA 2022: Edisi Utara telah mencalonkan 27 pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, termasuk usahawan selebriti iaitu En. Shaheizy Sam dan Pn. Syatilla Melvin.

Penerima-penerima anugerah ini diteliti mengenai latar belakang, model perniagaan dan potensi pada masa depan oleh badan penasihat yang terkemuka.

Antaranya Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En. Nitesh Malani; Pengerusi Majlis SEBA, Lyndia Wong; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi.

Selain itu YBhg. Dato Suriani binti Dato’ Ahmad; Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan DGK Advocates & Solicitors (Penasihat YUM, MyPreneurship).

Tidak lupa pada YBhg. Dato’ David Gurupatham; dan Pengerusi Guardian Group, YBhg. Dato’ Lee Chung Han.

KONSEP SEBA 2022

SEBA telah berkembang merangkumi wilayah Utara, Selatan dan Pusat Bandar Kuala Lumpur berlandaskan konsep SEBA 2022: RISE UP.

Edisi Utara menyaksikan respon yang menggalakkan, menerima hampir 200 penyertaan dari peneraju-peneraju industri yang telah mencapai kejayaan di Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

27 daripada penyertaan tersebut telah dicalonkan untuk menerima anugerah di acara kemuncak nanti.

Para SME dan usahawan yang dicalonkan datang dari pelbagai industri termasuk F&B, Pendidikan, Hospitaliti, Logistik, Automotif.

Industri lain termasuk Kejuruteraan, Pembuatan, Teknologi Maklumat, Teknologi & Solusi Digital, Penjagaan Kesihatan, Kesihatan & Kecantikan, dan sebagainya.

YAYASAN USAHAWAN MALAYSIA

YB Dato Halim juga memberi tepukan yang gemuruh kepada Yayasan Usahawan Malaysia atas usaha mereka untukmembawa SME and Entrepreneurs Business Awards ke bahagian utara.

Terutamanya selepas masa sukar sepanjang pandemik Covid-19 yang telah melanda di negara ini. Beliau juga mendesak para usahawan dan majikan untuk fokus dalam pembelajaran berterusan.

Jua mempertingkatkan kemahiran keseluruhan pekerja dan meninggikan tahap pendapatan Pulau Pinang.

Berikut adalah di antara tokoh industri yang menerima anugerah SEBA 2022: Edisi Utara:

SENARAI PENERIMA

  1. En. Shaheizy Sam dan Pn. Syatilla Melvin, Pasangan Usahawan Selebriti Kesayangan Malaysia
  2. Datuk Sirajudin Y Mohamed Mydin, Pengasas Nasi Kandar Kayu Group
  3. David ST Loh, Jurugambar Terkemuka Dunia & Pakar Inovasi Perniagaan Fotografi dan Seni
  4. Dr. Edmond Lau Kian Hong, Pengarah Eksekutif Dr Ko Skin Specialist

“Yayasan Usahawan Malaysia memilih wilayah Utara untuk menjadi sebahagian dari SEBA 2022 yang mana ia sejajar dengan pelan Penang 2030 yang diterajui oleh kerajaan negeri.

Kami menyokong sepenuhnya usaha ini di dalam membangunkan bakat dengan mencungkil serta menyediakan platform untuk mengenalpasti potensi dan memangkin perkembangan.

INISIATIF PENANG 2030

Inisiatif-inisiatif Penang2030 menyediakan asas kepada pembentukan komuniti yang berdaya tahan pasca
COVID-19.

Akibat pandemik, ianya amat penting untuk kita terus menyokong para usahawan yang mana
penyelesaian sedia ada dan yang masih diusahakan boleh digunakan untuk memangkin perkembangan berterusan.

Yayasan Usahawan Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu peneraju keusahawanan sedia ada dan di masa hadapan”.

-Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En Nitesh Malani

RAKAN INSURANS RASMI

Tahun ini, penyedia insurans dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia, menyertai sebagai Rakan Insurans Rasmi. Menawarkan kepakaran di dalam pelan kewangan dan perlindungan kepada semua calon dan penerima anugerah

RAKAN PERBANKAN RASMI

Manakala Standard Chartered Saadiq Berhad menyertai sebagai Rakan Perbankan Rasmi, menawarkan solusi kewangan kepada semua, dan Setia SPICE Convention Centre sebagai Penyedia Tempat Acara Rasmi.

Isa, N. (2022, March 29). Seba 2022:Yayasan USAHAWAN Malaysia Rai USAHAWAN, amazing! KITEPUNYE DOT COM. Retrieved May 10, 2022, from https://www.kitepunye.com/seba-2022-yayasan-usahawan-malaysia-rai-27-usahawan-amazing/