Skip to content

#SEBASMEAWARD: Terima Anugerah “Celebrity Entrepreneur Of The Year”, Instagram Shuib Dibanjiri Ucapan Tahniah

  • by
Shuib seba award Hot FM
Selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam membangunkan perniagaan, pelawak, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Shuib telah dianugerahkan “Celebrity Entrepreneur Of The Year” oleh SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBASMEWARDS) pada 25 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Berita gembira itu dikongsi oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad di laman Instagram miliknya :

Menulis di ruangan kapsyen :

“CELEBRITY ENTREPRENEUR of the YEAR. 
Alhamdulillah syukur,
Allah Maha Besar. Anugerah khas buat @bubblebeemalaysia_hq Terima kasih diatas doa dan support . Terima kasih SME And ENTREPRENEURS BUSSINESS AWARD diatas penganugerahan ini. Jauh lagi perjalanan,doakan kami,,,,Pastiiii!!! Seluruh Dunia!!!! @sebasmeawards” 

Usahawan terkenal itu meluahkan rasa syukur atas penganugerahan yang diterima, malah mengucapkan terima kasih pada yang tidak berhenti memberi sokongan dan mendoakan perniagaan yang sedang diusahakannya ketika ini. Dalam pada itu, laman sosial Instagram Shuib turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut, warganet dan rakan artis. 471fb0ca e095 4179 9620 9372b9a367a98eb0b582 ee34 411c b2c9 21e9eb71ecee 766x600681a3508 a1b8 4dd1 a1bb f17a1b6e2360 e1616723711154 496x600 Tahniah dari kami di Hot FM Ib!
Sumber : Instagram Shuib Sepahtu