
SEBA telah berkembang merangkumi wilayah Utara, Selatan dan Pusat Bandar Kuala Lumpur berlandaskan konsep SEBA 2022: RISE UP. Edisi Utara menyaksikan respon yang menggalakkan, menerima hampir 200 penyertaan dari peneraju-peneraju industri yang telah mencapai kejayaan di Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

27 daripada penyertaan tersebut telah dicalonkan untuk menerima anugerah di acara kemuncak nanti. Para SME dan usahawan yang dicalonkan datang dari pelbagai industri termasuk F&B, Pendidikan, Hospitaliti, Logistik, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan, Teknologi Maklumat, Teknologi & Solusi Digital, Penjagaan Kesihatan, Kesihatan & Kecantikan, dan sebagainya.




Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En Nitesh Malani berkata, “Yayasan Usahawan Malaysia memilih wilayah Utara untuk menjadi sebahagian dari SEBA 2022 yang mana ia sejajar dengan pelan Penang 2030 yang diterajui oleh kerajaan negeri. Kami menyokong sepenuhnya usaha ini di dalam membangunkan bakat dengan mencungkil serta menyediakan platform untuk mengenalpasti potensi dan memangkin perkembangan.

Inisiatif-inisiatif Penang2030 menyediakan asas kepada pembentukan komuniti yang berdaya tahan pasca COVID-19. Akibat pandemik, ianya amat penting untuk kita terus menyokong para usahawan yang mana penyelesaian sedia ada dan yang masih diusahakan boleh digunakan untuk memangkin perkembangan berterusan.

Yayasan Usahawan Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu peneraju keusahawanan sedia ada dan di masa hadapan”. Tahun ini, penyedia insurans dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia, menyertai sebagai Rakan Insurans Rasmi dengan menawarkan kepakaran di dalam pelan kewangan dan perlindungan kepada semua calon dan penerima anugerah, manakala Standard Chartered Saadiq Berhad menyertai sebagai Rakan Perbankan Rasmi, menawarkan solusi kewangan kepada semua, dan Setia SPICE Convention Centre sebagai Penyedia Tempat Acara Rasmi.
dboystudio. 2022. dboystudio: Yayasan Usahawan Malaysia Memberi Penghormatan Kepada 27 Usahawan Termasuk Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Di SEBA 2022: Edisi Utara Yang Pertama. [online] Available at: https://www.dboystudiomy.com/2022/03/yayasan-usahawan-malaysia-memberi.html [Accessed 11 May 2022].